Menghairankan, sekarang ini banyak rumah-rumah yang
menawarkan urut baik di kota besar mahupun kota kecil. Namun buku-buku petunjuk
tentang urut tradisional itu belum banyak ditulis orang bahkan boleh dikatakan
tidak ada.
Tujuan utama daripada pengurutan adalah kesembuhan. Sesuai
dengan tradisi masyarakat jawa, bahkan untuk mendapatkan kesembuhan mereka
tidak hanya menggunakan rawatan urutan tetapi ada cara lain yang cukup baik
iaitu penyembuhan dengan jamu Tradisional. Dengan menerapkan kedua teori itu kebanyakkan
cara penyembuhan tradisi jawa itu cukup mujarab.
Urut cara Jawa kebanyakannya menekankan sistem kelancaran
peredaran darah. Jika darah dalam tubuh beredar lancar maka tidak ada gangguan
atau kelainan pada tubuh seseorang, ertinya jika darah dalam tubuh seseorang
itu beredar lancar maka maka akan terganggu pula kesihatan orang tersebut.
Berbeza dengan urutan refleksi, urutan ini lebih menekankan
pada perangsangan urat saraf, teori ini pada batas tertentu memang dapat
dibenarkan tapi bila keterlaluan orang akan merasa ketagihan, urat saraf
menjadi manja, hanya akan aktif bila mendapat rangsangan. Inilah yang dijauhi
oleh urutan cara jawa.
Ada tanggapan yang keliru dari kebanyakkan masyarakat kita.
Ada tanggapan bahawa bila seseorang tahan pada pengurutan yang kuat dan
menyakitkan maka orang itu akan merasa hebat, merasa bangga. Demikian pula
anggapan keliru para pengurut, mereka pun bangga apabila dianggap dapat
mengurut dengan tenaga sangat kuat sehingga mampu menyakiti pesakitnya.
Itu sebabnya
tanggapan sebegini tidak betul!
Tujuan pengurutan bukanlah menyakiti seseorang, melainkan
menyembuhkan sakit seseorang! Melebihi, apabila sesudah mendapatkan rawatan
urut seorang pesakit mendapati beberapa anggota tubuhnya membengkak biru hingga
menimbulkan rasa ngilu, ini benar-benar tidak dibenarkan oleh ilmu urut dari
bangsa manapun juga
Sesuai dengan watak kebudayaan Nusantara yang mampu menerima
atau menyerap unsur dari luar, maka kami memandang urutan refleksi secara
wajar, tanpa ragu. Harus diakui urutan refleksi memang mujarab, ada beberapa
penyakit atau kelainan tubuh yang tidak dapat dijangkau oleh urut Jawa.
Sebaliknya ada beberapa keistimewaan urut Jawa yang tidak terdapat pada urut
refleksi. Oleh kerana itu dengan mengetahui kedua teori itu secara tepat maka
memberi manfaat bagi kita semua
Di antara kelebihan urut cara Jawa ialah urutan ini tidak
sekadar diterapkan untuk menyembuhkan penyakit atau kelainan tubuh seseorang,
melainkan juga dapat menimbulkan kenikmatan pada tubuh seseorang
Oleh kerana itu banyak orang yang datang ke rumah-rumah urut
yang bertuliskan urut tradisional. Mereka sebenarnya tidak sakit, hanya sedikit
merasa lelah, dan dengan rawatan urut mereka akan segera medapatkan kesegaran
kembali.
Ahli urut yang mahir (ini memerlukan latihan dan kesungguhan
dalam mendalami ilmu urutan) akan mendapat langganan yang banyak. Hal ini
kerana sakit terlanjur merasa keenakan dengan rawatan pengurut. Tentu hal ini
bukan disebabkan rawatan di luar ilmu urut misalnya wajah cantik dan perilaku
menyimpang dari pengurut yang seksi.
Penyalahgunaan Dalam
Tujuan Rawatan Urut.
Memang tidak dapat dinafikan, ada saja yang melakukan
penyalahgunaan tempat urut sebagai tempat untuk kegiatan pelacuran.
Penyalahgunaan inilah yang menyebabkan sebahagian orang memandang sinis pada
papan nama yang bertuliskan tempat urut dan sebagainya yang mempunyai perkataan
Urut Tradisional
Kenyataan menunjukkan, para pengurut yang tidak berwajah
cantik atau berwajah tampan, bahkan mereka yang berusia lanjut pun masih disukai
pelanggannya, bukan kerana paras rupa, tetapi kerana kemampuan dan kepakaran
mereka memang diakui dan berkesan dalam rawatan urut
Comments
Post a Comment