My photo
Zam Therapy
Nama dikenali ialah Zam . Seorang yang Mahir dalam bidang Terapi Urutan , 'Pembetulan Tulang' serta masalah kesihatan . Blog ini adalah perkongsian perjalanan saya sebagai Seorang Usahawan & Pengajar . Moga dirahmati dan bermanfaat .

10 SEBAB MENGAPA PERLU URUT !


Tabiat suka Urut seboleh-bolehnya, janganlah diamalkan kecuali dalam kes-kes yang tertentu sahaja.

Hasil bancian yang telah dibuat sepanjang sembilan tahun, didapati bahawa 95% daripada pelanggan yang meminta dengan perkhidmatan tradisional adalah terdiri dari golongan yang mengalami masalah urat saraf. 4% daripadanya kalangan mereka itu diminta diurut sebelum pertandingan dimulakan dengan alasan untuk menambahkan stamina dan tenaga. Manakala bakinya 1% adalah golongan yang hanya ingin mencuba. Kebanyakan golongan yang ingin mencuba ini sebenarnya datang dari luar Malaysia.

Berpandukan kepada kajian itu, jelaslah bahawa golongan yang mengalami urat saraflah yang paling ramai sekali memerlukan kepada perkhidmatan ini. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana mereka mempercayai bahawa hanya dengan cara diurut sahaja masalah itu dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat dan tidak meninggalkan kesan sampingan.

Apa yang dapat dilihat, kebanyakan mereka yang minta diurut itu sudah pun berusia melebihi 30 tahun. Walau bagaimanapun, ada juga sekali sekala pelanggan yang diurut yang berusia di bawah 30 tahun tetapi peratusnya kecil sekali. Di sini, akan timbullah persoalan, mengapakah seseorang itu perlu kepada urutan tradisional.

Sudah terlalu kerap dinyatakan bahawa seseorang yang memerlukan kepada perkhidmatan urut tradisional adalah kerana mereka menghadapi permasalahan urat saraf yang kadang kala menyebabkan prestasi kerja mereka merosot dan daya pemikiran juga turut menurun, keinginan terhadap seks juga turut berkurangan.


Antara sebab dan punca utamanya ialah urat dan otot menjadi tegang dan bengkak sehingga seseorang itu terasa amat letih dan tidak bermaya ialah seperti:

1. Terlalu banyak memikirkan masalah.

2. Terlalu lama duduk di atas kerusi seperti bekerja menggunakan komputer atau menonton TV.

3. Terlalu kurang mengeluarkan peluh.

4. Terlalu kurang tidur atau tidak cukup tidur.

5. Terlalu banyak minum minuman keras.

6. Terlalu kerap mengadakan hubungan seks, dengan memakan pil ransang seks.

7. Sekali sekala turun ke padang untuk bermain.

8. Sekali sekala terkena hujan.

9. Sekali sekala mengangkat benda berat.

10. Memandu kenderaan di perjalanan yang jauh.

11. Terkena cuaca panas yang amat terik dan banyak lagi punca-punca yang menyebabkan urat saraf atau otot-otot seseorang menjadi tegang.

Apabila hal ini terjadi ke atas diri anda, dengan sendirinya perjalanan serta pengedaran darah dan lain-lain elemen ke seluruh anggota badan akan menjadi perlahan dan tersekat-sekat. Kes seperti ini, jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit lain yang sering menimpa diri anda.Setengah penyakit yang sering menimpa seseorang akibat dari kes-kes diatas ialah, mati sebelah tubuh ataupun stroke, mati pucuk, lemah jantung dan lain-lain lagi yang anda sendiri boleh merasainya jika dibiarkan berterusan.

Biasanya dalam keadaan kepenatan urat saraf serta kelesuan tenaga inilah seseorang yang tahu akan khasiat urut tradisional, dengan segera tanpa ragu-ragu akan mendapatkan perkhidmatan Tukang Urut untuk diurut. Oleh kerana mereka yakin bahawa dengan cara diurut urut tradisional sahajalah, tenaga mereka dapat dipulihkan dalam jangka masa yang singkat dan tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan.

Tenaga Fizikal,Mental Dan Batin Pesakit Pulih Kuat Setelah Diurut.


Setakat yang diketahui, bukan sahaja tenaga fizikal dan mental kembali pulih dan bertenaga bahkan tenaga kebatinannya juga turut menjadi aktif dan kuat. Ramai di kalangan para pelanggan memberitahu bahawa keupayaan seksnya bertambah sehingga beberapa kali ganda seluruh badannya tanpa kecuali setelah diurut

Comments