My photo
Zam Therapy
Nama dikenali ialah Zam . Seorang yang Mahir dalam bidang Terapi Urutan , 'Pembetulan Tulang' serta masalah kesihatan . Blog ini adalah perkongsian perjalanan saya sebagai Seorang Usahawan & Pengajar . Moga dirahmati dan bermanfaat .

10 PRINSIP URUT ! Pengurut Wajib tahu.

Pada dasarnya, setiap ilmu yang bercorak profesional, lebih-lebih lagi ilmu yang ada hubungkait dengan pembangunan hidup serta kesihatan manusia, sudah pasti ada mempunyai prinsip dan kedahnya yang tersendiri.
Dengan kata lain, prinsip, kaedah dan cara adalah membawa maksud yang sama, bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pihak pelanggan. Sekiranya sesuatu ilmu itu tidak mempunyai prinsip atau formulanya yang tersendiri, samalah dengan pembinaan sebuah bangunan tanpa pelan dan sudah pastilah hasil, matlamat dan citarasa seseorang pelanggan tidak akan tercapai. Tegasnya, setiap kerja tanpa prinsip dan perancangan yang betul, akan menimbulkan rungutan atau buah mulut (komplen) dari orang ramai, khususnya pelanggan.
Hal yang sama juga, memang terdapat pada Ilmu Urut Tradisional . Prinsip dan kaedah ini perlu dipelajari dan dijadikan garis panduan sekiranya seseorang itu ingin menceburkan diri di lapangan .Tanpa mengamalkan prinsip dan kaedah yang akan disebutkan di bawah, saya percaya jarang sekali seorang tukang urut dapat memberikan kenikmatan urut kepada pelanggan.
itu perlu mempelajari dan mengamalkan kesemua prinsip-prinsip tersebut, cukuplah sekadar mengetahui dan mempraktikkannya setakat yang mampu. Maklumlah bukan kesemua tukang urut tradisional berpeluang mempelajarinya, lebih-lebih lagi untuk mempraktikkan prinsip-prinsip di bawah pada keseluruhannya. Dalam konteks ini, telah berjaya dikesan dan dikenalpasti di mana terdapat sekurang-kurang sepuluh prinsip utama yang harus ada pada seseorang yang ingin menceburkan diri di lapangan urut tradisional.



Diantara prinsip-prinsip yang dimasukkan itu termasuklah:

1. Mempunyai ilmu ketahanan diri
2.Berkemampuan mengenal pasti keadaan urat saraf dan hubungkaitnya dengan lain-lain anggota.
3. Dapat membezakan antara tulang atau urat semasa mengurut @ rawatan urut tradisional.
4. Berkemampuan mengesan dan mengenalpasti urat-urat bengkak yang ada hubungkaitnya dengan penyakit atau masalah pelanggan, sebelum atau selepas mengurut @ rawatan urut tradisional.
5. Berupaya memulih atau mengurangkan kadar kesakitan pelanggan, sebelum atau selepas mengurut @ rawatan urut tradisional.
6. Tahu menilai kadar kesakitan pelanggan semasa mengurut @ rawatan urut tradisional tanpa bertanya.
7. Pandai menyeimbangi kadar sakit dan sedap semasa mengurut @ rawatan urut tradisional.
8. Tahu mengesan pasti jenis-jenis penyakit atau masalah pelanggan hanya dengan memicit atau menyentuh mana-mana tempat di badan pelanggan.
9. Mempelajari dan mengamalkan Ilmu Tutom.
10.Tahu meramal, penyakit seseorang pelanggan samada dapat diurut pulih atau tidak dengan cara pengesanan melalui urat. (khususnya untuk lemah tenaga batin/matipucuk atau mati sebelah tubuh).





Mempunyai Ilmu Ketahanan Diri Dalam Rawatan Urut Tradisional.

Ilmu dan amalan untuk ketahanan diri adalah dianggap sebagai bekalan utama yang perlu ada pada setiap tukang urut tradisional. Ianya bertujuan menyekat atau mengawal diri dalam konteks rohaniah. Hal ini mustahak sekali kerana sudah menjadi kelaziman bahawa, penyakit atau pun masalah yang ditanggung oleh seseorang pelanggan boleh berpindah ke badan tukang urut tradisional yang lemah semangat. Selain itu, amalan ketahanan diri dapat mengurangkan kadar keletihan seseorang selepas mengurut @ rawatan urut tradisional. Tugas seorang tukang urut tradisional amatlah berat kerana ianya memerlukan kepada penggunaan tenaga fizikal yang banyak, lebih-lebih lagi ik pelanggannya berbadan besar (musculous) yang mempunyai otot-otot keras seperti ahli gusti, angkat berat atau pemain bola sepak. Oleh sebab itulah badan seseorang tukang urut tradisional tetap berpeluh walaupun bertugas di dalam bilik berhawa dingin.
Amalan ketahanan diri lazimnya bercorak teori dan parktikal. Ini termasuklah latihan jasmani pada setiap hari, membaca doa-doa tertentu selepas solat lima waktu. Sesetangah Tukang Urut/Dukun, telah menanam atau memasukkan sesuatu benda kerag seperti tembaga merah atau besi putih ke dalam badannya. Tidak kurang juga ada yang membaca jampi serapah pada minyak yang digunakan untuk mengurut badan pelanggannya sebelum upacara urut tradisional dilakukakan. Saya yakin memang ramai benar orang yang tidak percaya akan kenyataan ini, iaitu bagaimanakah penyakit seseorang pelanggan boleh berpindah ke badan Tukang Urut. Cerita ini sebenarnya diabstrakkan untuk mudah dihuraikan, lebih-lebih lagi penyakit yang saya maksudkan itu bukanlah penyakit berjangkit seperti “kolera” atau pun “Aids” atau lain-lain penyakit seperti kencing manis atau jantung berlubang.
Untuk keterangan yang lebih jelas, sebagai contohnya En. Ali yang tahu sedikit sebanyak cara-cara mengurut @ rawatan urut tradisional tetapi tidak ada amalan ketahanan diri, telah didatangi oleh seorang pesakit yang terkena mati sebelah tubuh memintanya supaya diurut. Setelah beberapa hari mengurut pelanggannya itu, tiba-tiba ia sendiri terasa kebas, lenguh-lenguh dan akhirnya didapati bengkak di tangan dan lengannya sehingga ia tidak berupaya mengangkat tangannya itu. Didalam kes yang lain pula, En.Ali dijemput ke rumah En. Anas yang menghadapi masalah susah hendak bernafas manakala perutnya didapati buncit/kembung. Dalam loghat bahasa Melayu kampung ianya dikenali sebagai “Naik Angin” atau “semput”.
Kes seperti ini biasanya berlaku dengan tiba-tiba di waktu malam hari. Apabila En. Ali cuba untuk menyentuh perut pelanggannya itu, tiba-tiba ia terasa seram, hampir kesemua bulu roma dan bulu lehernya berdiri tegak, kerana terdapat satu perkara yang aneh pada badan En. Anas. Namun begitu En. Ali terus cuba untuk mengurut. Akibatnya ia sendiri merasai lemah longlai dan tidak bermaya. Akhirnya En. Ali jatuh pengsan dan terpaksa diusung oleh jiran-jiran untuk dibawa ke rumahnya. Ringkas kata, masih banyak lagi contoh-contoh lain yang ada hubungkaitnya dengan kes ini.
Tukang urut tradisional haruslah belajar, menghafal dan beramal dengan beberapa jenis doa. Begitu juga dengan wirid serta membaca ayat-ayat suci Al Quran. Ini semua perlu diamalkan selepas solat, sebagai pendinding atau pagar tubuh. Itulah sebabnya telah diperjelaskan dari awal-awal lagi bahawa tukang urut tradisional harus lebih gemar mengamalkan doa-doa serta wirid yang diberikan oleh orang-orang alim daripada apa yang kita dapati dari bomoh-bomoh, kecuali dalam kes-kes tertentu yang tak bercanggah dengan Islam dan tidak merosakkan aqidah.

Mengenalpasti Keadaan Urat Saraf Dan Hubungannya Dengan Lain-Lain Anggota.

Pengetahuan ini juga dikira amat penting dan perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap tukang urut tradisional, demi untuk menjimatkan masa dan meringankan kerja-kerja mengurut @ urut tradisional, terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan yang terseliuh, tersalah bantal atau tersentak disatu-satu anggota. Pendek kata, perkara ini dianggap sebagai ‘main switch’ untuk menyelesaikan masalah yang tersebut diatas. Sebagai contohnya, katakanlah anda terseliuh di pergelangan tangan dan jelas menampakkan bengkak yang berwarna hijau tua. Apakah tukang urut tradisional perlu terus mengurut di tempat yang bengkak itu atau bagaimana?
Jawabnya janganlah membiarkan si tukang urut tradisional terus mengurut atau mengusik di tempat yang bengkak itu, sebaliknya ia perlu terlebih dahulu mengurut pada urat-urat yang terdapat di antara siku hingga berhampiran dengan pergelangan tangan, iaitu di sebelah dalam dan luar. Disana tukang urut tradisional akan rasai atau ketemui urat-urat yang bengkak, kadang-kadang sebesar ibu jari atau biji nangka. Apabila urat bengkak itu sudah ditemui, maka tukang urut tradisional mengurut ia berulangkali itu amatlah penting kerana disitulah terletaknya apa yang disebut, “Urat Saraf Yang Ada Hubungkaitnya Dengan Lain Anggota”. Selepas itu baharulah boleh tukang urut tradisional urut tempat yang terseliuh dan bengkak tadi secara perlahan-lahan.
Tindakan yang sama juga perlu dilakukan sekiranya anda sebagai tukang urut tradisional bertemu dengan pelanggan yang mengadu ‘tersalah bantal (keadaan dimana seseorang itu tidak boleh memusingkan kepala atau berpaling kanan atau kiri bila sedar dari tidur di waktu pagi). Langkah pertama yang perlu diambil ialah, kenal pastikanlah terlebih dahulu urat sarafnya yang berhubungkait kepada masalah tadi. Urat yang membawa masalah kepada leher biasanya terletak di sekitar tulang belikat. Oleh itu, urutkanlah terlebih dahulu disekitar belikat dan apabila ianya sudah didapati kendur, baharulah diurutkan pula disekitar leher dan bahu. Jika anda inginkan penjelasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku-buku seperti “The Basic Human Anatomy” oleh Alexender P. Spenser atau “The Grace Human Anatomy” dibawah tajuk Mascular System atau mana-mana buku yang besar khususnya buku ensiklopedia yang berhubungkait dengan urat saraf manusia. Buku-buku yang saya maksudkan itu boleh didapati di Perpustakaan Hospital atau di kedai-kedai buku yang besar.



Tukang Urut Tradisional Dapat Membezakan Antara Tulang Dan Urat.

Matlamat sebenarnya seseorang itu minta diurut, ialah bertujuan memberi kerehatan kepada urat saraf dan otot-otot yang kepenatan. Hanya dengan cara mengurut sahaja urat-urat yang tegang dan otot-otot akan menjadi pulih seperti sediakala, maka sengan sendirnya perjalanan darah dan lain-lain elemen di dalam badan tidak lagi tersekat-sekat. Oleh hal yang demikian, setiap urutan itu hasruslah ditujukan terus kepada urat-urat atau otot-otot yang bermasalah, samada yang bengkak atau tegang.
Oleh itu, jika seseorang tukang urut tradisional tidak tahu untuk membezakan yang mana satu urat dan yang mana satu tulang, maka kemungkinan besar ia akan tersalah urat pada tulang-tulang pelanggannya. Sekiranya hal ini terjadi, si pelanggan akan terasa amat sakit dan sengal-sengal bukan sahaja semasa terkena urutan bahkan kesannya itu akan terus dirasainya sehingga beberapa hari. Cara untuk membezakan antara urat dan tulang juga dikira amat rumit kerana kadangkala anda akan bertemu dengan tulang-tulang yang terlalu lembut khususnya di sekitar tulang belikat dan bahu, yang dirasai seakan-akan urat bengkak.

Tukang Urut Tradisional Dapat Mengurangkan Kadar Kesakitan Pelanggan, Sebelum Dan Selepas Mengurut.

Prinsip atau kaedah ini lebih dikenali sebagai “Ilmu Pelepas” dikalangan Bomoh atau Dukun Tradisonal Melayu. Ilmu ini dipelajari secara praktikal serta teori dengan secara mengadap guru. Golongan yang mengetahui hal ini kebanyakannya terdiri dari bomoh-bomoh yang mempusakakan ilmu tersebut dari orang tua atau datuk nenek mereka, atau secara bertapa dan tidak kurang juga mereka yang membuat pemujaan ke atas sesuatu benda. Ada juga mereka yang belajar teknik kebatinan dengan cara mengadap guru.
Dalam hal begini, dihuraikan secara ringkas setakat mana yang diketahui dan diperhatikan dari dekat. Kebanyakan upacara yang pernah kita dapat lihat tidak lebih daripada cara-cara pemujaan syaitan kerana ianya memerlukan peralatan seperti , pulut kuning, ayam panggang, bunga-bungaan serta colok atau kemenyan yang dibakar semasa upacara tersebut dijalankan. Biasanya sebelum itu, si sakit akan dimandikan dengan air penawar yang dimasukkan kedalam berbagai jenis bunga. Sungguh pun pada permulaan upacara kebanyakan bomoh-bomoh Melayu telah membaca potong ayat suci Al Quran tetapi malangnya sesudah itu ia disambung pula dengan jampi serapah dan mentera yang menyebut dan menyeru nama-nama jin dan meminta bantuan dari mereka.
Antara ungkapan dan kata-kata yang pernah diucapkan oleh salah seorang Bomoh ialah “Hai mok ima serjan kilat hanuman putih kera kepala lapan duduk bertapa di Gunung Ayam, ini Derasid seru namamu, tolonglah anak ini”. Sejurus selepas sahaja ucapan itu tamat, maka si dukun atau bomoh akan jatuh pengsan dan dimasa tidak sedar itulah, ia merangkak mencari si sakit yang sudah sedia berada dihadapannya. Dalam keadaan tidak sedarkan diri itulah juga, si sakit dipulihkannya. Bagi kes-kes seperti itu dilakukan ke atas pelanggan yang terkena buatan orang, samada mati pucuk atau mati sebelah tubuh dan lain-lain lagi yang akan saya huraikan secara mendalam didalam bab-bab akan datang. Sesudah itu, si sakit baharulah boleh diurut dengan rawatan urut tradisional.
Salah seorang Dukun yang lain pula, telah memulakan upacara dengan membawa beberapa potong ayat suci Al Qurn, berzikir, berselawat dan apabila sudah sampai ke satu peringkat ia terus tidak sedarkan diri. Di ketika itu roh gurunya yang digelar “Bapa Wali” menjelma di dalam jasadnya. Selepas salam diberikan bomoh tersebut akan bertanya tentang masalah pesakitnya. Diketika itulah pesakit akan diberi rawatan dengan berbagai cara. Sungguh pun ramai juga dukun-dukun yang merawat pesakit secara secara yang tidak bercanggah dengan Islam.
Sesetengah bomoh pula, telah menggunakan kaedah yang dipanggil “Tutom Urat”. Tutom Urat adalah cara rawatan yang paling ringkas, mudah dipelajari tidak memakan masa yang panjang dan tidak ada unsur atau ciri-ciri syirik dan tahyul yang boleh merosakkan aqidah. Apakah yang dimaksudkan dengan Tutom Urat akan dihuraikan secara detail dalam bab-bab akan datang.

Tukang Urut Tradisional Tahu Mengesan Dan Mengenalpasti Urat-urat Bengkak Yang Ada Hubungkait Dengan Penyakit Atau Masalah Seseorang.

Sebelum dihuraikan apakah yang dimaksudkan dengan tajuk diatas, ada baiknya jika dihuraikan dahulu tentang jenis-jenis atau keadaan urat yang sering ditemui dan dirasai semasa mengurut seseorang. Jelas terbukti bahawa urat seseorang itu terbahagi kepada tiga keadaan. Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang. Jenis-jenis urat yang dimaksudkan itu ialah, urat orang yang sihat, orang yang tidak sihat atau dalam keadaan kepenatan dan urat orang yang terkena mati sebelah tubuh atau Paralysis
Perlu dijelaskan bahawa kedudukan urat tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi ianya boleh dirasai dan dikesan melalui jari seseorang tukang urut tradisional yang berpengalaman. Urat bengkak dan tegang itu pula terbahagi kepada dua jenis. Pertama urat yang sudah lama bengkak dan keduanya, urat yang baru bengkak. Itu pun bergantung kepada sejauh mana seseorang tukang urut tradisional itu pandai menentukan jenis-jenis urat.
Kebiasaannya, urat yang sudah lama tegang atau bengkak, agak terasa keras sedikit berbanding dengan yang baru bengkak. Urat yang bengkak biasanya didapati lembut dan senang untuk dikendurkan atau dipulihkan dengan cara tradisional berbanding dengan urat yang sudah lama bengkak. Urat yang baru bengkak ialah urat yang baru dua tiga hari atau seminggu sahaja menjadi tegang. Kedua-dua jenis urat yang disebutkan di atas, apabila sudah dikendurkan dengan cara Urut Tradisional, dengan sendirinya seseorang itu akan berasa lega, ringan dan penuh bertenaga kerana pengaliran darah dalam badannya tidak lagi tersekat-sekat.
Perlu dijelaskan bahawa urat-urat yang bengkak atau pun tegang samada lama atau pun baru, biasanya akan sentiasa membawa berbagai masalah kepada seseorang. Masalah yang dimaksudkan itu termasuklah, mudah terasa lenguh-lenguh apabila banyak berjalan kaki, atau memandu kenderaan di perjalanan yang jauh, mudah tersentak atau tersimpol biawak, mudah terasakebas-kebas dan mudah terasa sakit-sakit bahu dan belakang. Selain dari itu, kesannya boleh dirasai selepas mengadakan hubungan seks, atau apabila terkena hujan atau pun bila turun ke padang bermain sekali sekala.
Sekiranya wanita atau isteri anda mengadu sakit-sakit dalam perut semasa hampir kedatangan haid, maka anda perlulah megurutkannya pada urat-urat yang tegang atau bengkak berbiji-biji di sekitar betis, biasanya di sebelah kiri. Untuk lebih berkesan lagi, pahanya juga perlu diurutkan. Di dua tempat itu sahajalah yang perlu diurut, kerana ianya mempunyai pertalian dengan penyakit atau masalah yang dihadapi oleh isteri anda itu.
Dalam lain-lain kes pula, seorang pemuda mengadu yang ia terasa susah hendak bernafas. Dikalangan orang-orang Melayu ianya dikenali “Naik Angin atau Semput”. Apa yang harus anda lakukan ialah, urutkanlah kanan kiri urat belakang hingga ke belikat. Ulangkan urutan itu beberapa kali dn kemudiannya urutkanlah pula disekitar dada, terutama dicelah-celah tulang rusuk. Dalam tempoh tak sampai lima belas minit, pemuda itu merasa lega dan boleh bernafas dengan selesa seperti sediakala.

Tukang Urut Tradisional Yang Tahu Menilai Kadar Kesakitan Pelanggan Ketika Mengurut.

Kita harus sedar, seperti mana yang telah anda dinyatakan dari awal lagi, bahawa setiap benda yang hidup ini khususnya manusia, ada mempunyai had dan kadar ketahanan sakitnya tersendiri dan berbeza-beza. Secara logiknya, bukan sahaja manusia yang ada had kesakitan, pintu-pintu rumah dan pintu kenderan sekali pun, jika sering dibuka dengan kuat lebih dari had pusingannya, lambat laun akan rosak dan tercabutlah enselnya. Begitulah hal keadaanya anggota badan dan urat saraf manusia.
Tegasnya, jika tekanan urut melebihi had ketahanan sakitnya, maka akan rosaklah otot-otot, tisu-tisu, saluran darah kecil serta kulit luaran seorang pelanggan. Akibatnya akan terjadilah lebam-lebam berwarna hijau tua pada kulit dan kadang kala terdapat kesan luka terkena jari dan kuku. Kes yang sama juga akan terjadi jika tindakan memusing atau mematahkan anggota seperti memaut atau memusingkan kepala. Jika kepala dipusingkan dengan melebihi had, akan terseliuhlah leher pelanggan. Jika jari atau kaki yang dipatah-patahkan melebihi had, ditakuti benar anggota itu akan terseliuh atau terus patah.
Kesakitan seseorang pelanggan yang amat sangat ketika diurut @ rawatan urut tradisional, boleh dikesan melalui beberapa cara. Antaranya termasuklah, muka si pelanggan akan sentiasa berkerut, matanya pula tertutup rapat, mulutnya akan terbuka sampai ternampak gigi. Selain itu, pelanggan juga akan menggerak atau mengalihkan anggota yang kena urut itu ke tempat lain. Seseorang tukang urut tradisional yang mahir dan berpengalaman, pastinya tahu menilai kadar kesakitan pelanggannya berpandukan kepada tanda-tanda yang telah disebutkan tadi. Oleh itu, ia tidak perlulah menanyakan pelangganny asamada sakit atau tidak dan pelanggannya pula tidak payah memberi ingatan kepada tukang urut tradisional itu bahawa tekanan urut itu terlalu sakit dan ia tidak boleh tahan dengan urutan yang kuat itu. Satu perkara yang amat dikesalkan ialah, kebanyakan tukang urut tradisional telah sengaja mengenakan tekanan urut yang kuat pada setiap kali megurut pelanggannya, sekiranya si pelanggan mengadu kesakitan ia hanya menasihatkan supaya bersabar dan bertahan. Itulah satu-satunya amalan yang paling buruk dan bercanggah dengan etika profesional Tukang Urut.
Semua peminat urut sedar dan ketahui bahawa matlamat serta tujuan sebenarnya mereka minat diurut tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan kerehatan dan kelegaan kepada urat saraf dan otot-otot yang kepenatan atau boleh jadi keinginannya terhadap seks amat terlalu lemah sehingga menimbulkan kucar kacir di dalam rumahtangga. Oleh kerana mereka tersilap pilih tukang urut tradisional, maka hasrat cita-cita mereka itu bukan sahaja tidak tercapai bahkan terpaksa menghadapi risiko sebaliknya.

Tukang Urut Tradisional Pandai Dan Boleh Menyeimbangi Kadar Sakit Dan Enak (Relaxation And Painful).

Prinsip dan kaedah ini amatlah rumit untuk dipraktikkan kerana ianya bukan sahaja memerlukan kepad pengalaman bertahun-tahun sebagai tukang urut tradisional, bahkan tukang urut tradisional itu sendiri ada pengalaman pernah diurut oleh lain-lain Tukang Urut dari masa ke semasa. Memandangkan ianya perlu terlebih dahulu merasai sendiri atau mengecapi citarasa dari hasil urutan seseorang.
Selain dari itu, untuk menjamin prinsip dan kaedah ini betul-betul dapat dipraktikkan dengan jayanya, setiap tukang urut tradisional juga perlu terlebih dahulu memahir dan membiasakan diri semasa mengurut seseorang dengan prinsip yang telah dihuraikan terdahulu daripada ini iaitu, “Tahu Menilai Kadar Kesakitan Pelanggan Semasa Mengurut”. Pendek kata, setiap prinsip ilmu urut tradisional yang telah ditetapkan sebanyak sepuluh perkara itu ada mempunyai hubung kait antara satu dengan yang lain. Sekiranya prinsip ini dapat dipraktikkan secara berkesan ke atas seseorang pelanggan, sudah pasti mereka akan datang mencari anda sekali lagi pada masa-masa akan datang untuk mengurut @ rawatan urut tradisional, walaupun ia berada atau menetap beribu-ribu batu jauhnya dari tempat anda



Tukang Urut Tradisional Tahu Mengesan Pasti Jenis-Jenis Penyakit @ Masalah Pelanggan Dengan Hanya Memicit @ Menyentuh Mana-mana Urat Di Satu-satu Tempat Di badan Pelanggan.
Prinsip dan kaedah rawatan urut tradisional ini juga sama rumitnya dengan prinsip yang di atas kerana ia hanya boleh dipelajari dengan cara melibatkan diri di lapangan mengurut @ urut tradisional bertahun-tahun terlebih dahulu. Di sinilah terletaknya kemahiran seseorang tukang urut tradisional, jika dibandingkan dengan keupayaan dan kepakaran seorang doktor perubatan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang menimpa ke atas seseorang itu adalah terbahagi kepada dua jenis,salah satu disebut, “Penyakit Biasa” seperti kencing manis, kolera, selsema dan lain-lain. Manakala yang satu lagi ialah “Penyakit Luar Biasa” seperti histeria, terkena buatan orang, dan lain-lain yang ada hubungkaitnya dengan ilmu sihir. Kedua-dua jenis penyakit itu akan dihuraikan secara terperinci nanti.
Prinsip dan kaedah yang disebutkan di atas seakan-akan sama dengan “Teori Domino”. Salah satu contoh yang agak mudah untuk menentukan prinsip ini ialah, apabila terdapat satu urat yang terletak di kanan atau kiri buku lali/tumit, bila ditekan atau dipicit, pelanggan akan merasa sakit. Jika kadar kesakitan itu lebih di rasai di sebelah kanan, ini bererti pada keseluruhannya anggota badan khususnya urat saraf yang bermula dari kaki hinggalah ke leher sebelah kanan juga turut lebih bermasalah berbanding dengan anggota di sebelah kiri dan begitulah sebaliknya. Salah satu lagi tempat yang boleh dikenalpasti tentang kedudukan dan keseimbangan badan seseorang, ialah di rusuk dahi yang terkeatas sedikit daripada hujung bingkai lubang cengkungan mata.
Melalui prinsip di atas, kita dapat mengetahui secara pensendirian bahawa, pelanggan kita itu sering benar atau mudah terasa lenguh-lenguh di sebelah kanan jika dibandingkan dengan sebelah kiri. Ini berkemungkinan dibandingkan dengan sebelah kiri. Ini berkemungkinan disebabkan tidak mendapat tidur yang cukup di waktu malam, apabila memandu kenderaan di perjalanan yang jauh, apabila mengendalikan sesuatu tugas yang berat seperti mengangkat barang atau turun ke padang utuk bermain sekali sekala, apabila lama berdiri atau berjalan kaki sekali sekala atau apabila mengadakan hubungan seks yang berlebihan sekali sekala.
Jenis-jenis tindak laku seseorang yang meyebabkan timbulnya masalah yang disebutkan di atas juga kadang kala boleh dikesan atau dikenalpasti melalui sentuhan urut-urut tertentu. Sebagai contohnya, jika urat kecil dan urat besar diantara betis dan paha didapati terlalu tegang dan kadang kala ada yang berbiji-biji seperti biji nangka, ini jelas kepada kita bahawa seseorang itu telah mengadakan hubungan seks dalam tempoh sehari atau dua hari yang lalu. Jika urat di atas bahu dan urat di dalam cengkungan bingkai mata serta urat di kanan atau kiri rusuk dahi, didapati terlalu tegang dan bengkak ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup.
Salah satu lagi cara kebatinan berpandukan kepada prinsip di atas ialah, dengan cara memicit atau mengurut pangkal atau hujung ibu jari kaki pelanggan. Tukang urut tradisional yang mahir atau Bomoh Tradisional boleh mengesan samada pelanggannya itu mengidapi penyakit “Biasa atau Luar Biasa”, samada terkena sihir atau pun terkena buatan orang atau sebaliknya. Dari situlah juga punca di sebalik penyakit dihidapi oleh seseorang pelanggan itu boleh dikenalpasti. Sebagai contoh sekiranya seorang pemuda terkena mati sebelah tubuh datang mendapatkan rawatan yang mana beliau dikatan telah acapkali benar mendapatkan rawatan dari doktor-doktor perubatan dan diurut oleh beberapa Tukang Urut @ tukang urut tradisional. Tetapi malang sekali, masalah penyakitnya masih di tahap yang sama. Dalam kes ini, kemungkinan besar beliau terkena sihir. Jadi sihirlah yang sebenarnya menjadi punca kepada penyakit yang dihidapinya itu.
Berpandukan kepada sebuah buku “Kaedah Memicit Tapak Kaki” karangan Mr. Heidi dalam bahasa Swiss dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris bertajuk, “Good Health For The Future” telah menghuraikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 61 tempat yang dikatakan kunci nuntuk menentukan masalah seseorang melalui penekanan urat atau picit di sekitar kaki termasuk tumit dan buku lali. Berpandukan kepada kunci itulah, permasalahan seseorang yang ada hubungkaitnya dengan urat saraf dapat dikenalpasti.

Tukang Urut Tradisional Tahu Meramal Penyakit/Masalah Seseorang Pelanggan Samada Dapat Diurut Pulih @ Tidak Dengan Cara Pengesanan Melalui Urat.

Prinsip dan kedah ini hanyalah khusus untuk mereka yang terbabit dengan masalah mati pucuk atau mati sebelah tubuh sahaja, memandangkan ada kalanya kedua-dua penyakit tersebut disebabkan oleh terkena sihir atau buatan orang. Tidak dinafikan bahawa memang terdapat kajian seperti yang disebutkan tadi, tetapi peratus bilangannya amat rendah jika dibandingkan dengan kes-kes biasa.
Pada dasarnya, mengikut kaedah perubatan tradisional @ urut tradisional, apabila seseorang itu terkena buatan orang samada yang menyebabkan mati pucuk atau mati sebelah tubuh, kadang kala ia sendiri tidak menyedari samada penyakit yang dialaminya itu akibat terkena buatan orang atau pun sihir atau sebaliknya. Dalam kes ini, jika seorang tukang urut tradisional yang mahir cuba mengurutnya, kesan bisa penyakit yang dialami oleh pelanggannya itu boleh dirasai oleh si tukang urut tradisional tersebut berpandukan kepada petua dan gerak rasa dalam konteks amalan dan ilmu ketahanan diri yang mana saya huraikan di awal buku ini.
Jika hal ini terjadi, kebiasaannya tukang urut tradisional tidak akan meneruskannya kerana ia yakin bahawa penyakit dialami oleh pelanggannya itu tidak boleh dirawat dengan cara rawatan urut tradisional semata-mata. Kes-kes seperti ini akan dirujuk terlebih dahulu kepada orang-orang alim atau Tok Guru untuk disembahyang hajat dan didoakan, atau terus diserahkan kepada dukun/bomoh tradisional yang mengamalkan rawatan secara tradisional. Ramai juga di kalangan pesakit seperti ini telah pergi berjumpa dan mendapatkan rawatan dari Sami-sami Budha atau bomoh-bomoh yang ada memelihara Jin Kafir. Pendek kata, masing-masing pihak ada mempunyai caranya yang tersendiri.
Setakat yang saya ketahui dan melihatnya sendiri, kes-kes terkena buatan orang atau sihir, setakat ini tidak boleh dikesan oleh pihak hospital. Lebih-lebih lagi untuk merawat dan memulihkannya. Walau pun berbagai-bagai alat canggih digunakan. Di sini, bukanlah nak mengagung-agungkan Tok Tok Alim, Tok Guru, mahupun Bomoh-bomoh. Tidaklah berapa setuju dengan gerak laku dan tindakan sesetengah bomoh yang menggunakan teknik pemujaan ke atas sesuatu benda atau makhluk yang sudah tentu bercanggah sama sekali dengan aqidah Islamiah, walau pun kadang kala mendatangkan hasil yang memuaskan.
Kita juga harus sedar dan menerima hakikat bahawa seorang Ulama yang warak, bertaqwa dan beriman, lebih cepat dimakbulkan doanya dan lebih aula untuk diminta tolong dengan cara bersembahyang hajat atau sebagainya. Seperkara yang amat dikesalkan, masih ramai lagi orang-orang kita yang mengaku beragama islam tetapi lebih yakin dan gemar meminta bantuan dan rawatan dari bomoh-bomoh yang jelas kaedah serta cara rawatan mereka terkeluar dari landasan Islam. Yang lebih menyedihkan ialah, Sami-sami Budha juga turut dikunjungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan walau pun mereka tahu bahawa golongan itu jelas memusuhi Islam. Boleh jadi, mereka belum lagi mengenali bomoh-bomoh yang memberi rawatan secara Islam. Kembali kita kepada tajuk asal bahawa selepas sahaja si sakit atau pelanggan telah dirawat pulih oleh Tok Guru, Bomoh atau sebagainya, maka pada masa itu barulah boleh diurut dengan rawatan tukang urut tradisional .



Comments